Wednesday, March 17, 2010

DSLR:Tips Sebelum Membeli

from www.Blog4humor.com

Berborak -borak dengan cik Ika melalui YM.Mula-mula borak kosong sahaja.Tetapi makin lama,makin banyak pulak diboraknya.Hampir keseluruhan adalah pertanyaan dan jawapan.Apa yang ditanya? Berkaitan DSLR ( Digital Single Lens Reflex).Ya..sekarang harga DSLR semakin murah.DSLR sudah menjadi seperti telefon nokia dan rakannya.Bila banyak teknologi dibaharui,harga semakin rendah.Semakin ramai yang mampu memilikinya.Dengar-dengarSyam,Topo pun berhajat dengan DSLR.Lepas ni,boleh la rakan-rakan blogger mengadakan outing bersama-sama.

Ok,sebelum kau kau kau yang membaca membeli DSLR,mari aku ringkaskan sedikit tips untuk kau semua.Harap dapat dijadikan sekelumit panduan sebelum kau membeli.Rata-rata yang baru hendak membeli cuma memandang sahaja pixel sesuatu kamera itu.Jika ianya mempunyai 60 megapixel,maka itulah pilihan kau.Itu cuma se’cuit’ sahaja dari apa yang kau perlu tahu sebelum membeli DSLR

1. Kelebihan Body DSLR

Pastikan kau memilih body DSLR yang mempunyai keupayaan “built-in motor” dalam body tersebut.Ini membantu kau semua untuk menggunakan pelbagai lense yang sedia ada serta ‘focusing factor”.Contoh,antara D60 dan D80 (maaf aku gunakan perbandingan NIKON sebab aku menggunakannya).D60 tiada “built-in motor” maka penggunaan lense yang sesuai adalah lensa yang menpunyai motor.Sebab,jika kau menggunakan lensa yang tiada ‘built in motor’,kau perlu fokus secara manual.Bukan salah,tapi melecehkan masa kau.D80 pula,sudah terbina sedia ada motor didalam badannya.Maka,jika kau menggunakan lensa yang tiada motor pun,body kamera tersebut dapat membantu.

2.Keupayaan DSLR pada ‘kekurangan cahaya ( low light enviroment)

Pilihlah Dslr yang mempunyai keupaayan yang tinggi dalam mengambil pada cahaya yang kurang.Ini dapat dinilai dengan melihat tahap ISO pada kamera tersebut.Kamera DSLR seperti Canon Eos1dsMarkIII contohnya..mampu mengambil gambar tanpa flash dengan menggunakan ISo yang tinggi tanpa menghasilkan noise yang banyak/ketara.Seperti Chot,dia banyak bereksperimental dengan menembak tanpa flash.Dia menggunakan cahaya semulajadi yanga da ( available light) yang ada dikawasan itu.

3.Format Saiz

Jangan kau fikir semua DSLR adalah sama.Mereka dibahagikan dengan perlbagai tahap.

  • Full frame : Aku katakan ia adalah kamera idaman bagi penggemar fotografi.Contoh,Canon Eos5D dan Nikon D3.Ia mempunyai sensor yang lebih besar.menggunakan format asal 35mm filem.(aku masih tertanya sama ada cik Ika masih faham ke tidak pasal format filem ni).Nikon gelar kamera mereka ini dengan FX format
  • APS-C : kebanyakkannya digunakan oleh DSLR separa pro serta amatur.Cuma nikon je menggunakan nama yang best iaitu DX format.

4. Sistem lampu denyar ( Flash )

Ini juga aku tekankan sebelum membeli kamera.Flash juga penting dalam penggunaan DSLR ini.Ia membantu dalam memberi cahaya pada subjek jika berada dalam keadaan yang kurang cahaya.Nikon mempunyai CLS system untuk flash mereka dimana kau boleh menggunakan banyak flash pada satu satu masa tanpa memerlukan peralatan tambahan.Canon juga mampu untuk berbuat demikian,tetapi memerlukan peralatan tambahan seperti ‘trigger’.

5.Harga

Jika kau mempunyai duit terlebih,kau boleh sahaja membeli Full Frame DSLR.Tapi,jika kau kau kau seperti aku,yang mempunyai kekangan dalam modal tetapi mahu penggunaan yang maksima,kau perlu membuat pilihan yang tepat.Pilihlah kamera yang mempunyai keupayaan seperti yang kau inginkan.Sebelum aku membeli DSLR,aku membaca dahulu.Bertanya pada rakan-rakan aku sepert Raydcza( wheegraphy) .Bagi AkmalAdnan pulak dia mengatakan dia memilih handling serta hasil kerja sesuatu kamera itu.Masuk forum-forum banyak membantu dalam memberi penerangan tentang kamera.Kau masuk sahaja dalam BLOGIKUS FAME. Aku ada senaraikan sedikit sebanyak forum yang membantu dalam photography.

Ini cuma pendapat aku sahaja.Lebih elok kau tanyakan pada pakar.I’m not good enough to give you a good briefing bout DSLR.Drfaisal contohnya yang bagus dalam memberi penerangan.

Ini baru sikit..Lepas beli,ada banyak lagi yang perlu kita pelajari.Komposisi,aperture,shutter,R03 serta banyak lagi.Jadi,kau beli sahaja Dslr,kemudian kita belajar bersama-sama..

Uncle G pengguna Oranje.Dia guna Sony a200..cool..mari sini kita belajar bersama…yeah..Fhotoblog.net masih tergendala lagi..haiyaaaaaaaa…

Aku bercita-cita mahu beli satu FX sistem.Ataupun menambah teknologi CANON dalam penggunaan aku.hahha..duit?adeh…


_thanx 2 http://www.blogikus.com 4 da info ;)

No comments:

Post a Comment